Penyertaan artis dan selebriti dalam Umno membuktikan bahawa mereka mempunyai kesedaran politik dan mahu mempertahan apa yang mereka nikmati sekarang, kata Pengerusi Tetap Umno, Datuk Badruddin Amiruldin.
Beliau berkata, secara tidak langsung ia juga menterjemahkan rasa terima kasih mereka kepada kerajaan yang selama ini membela nasib mereka menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
"Sememangnya, apabila ada antara kumpulan selebriti yang menyertai Umno, ia membuktikan bahawa mereka memahami perjuangan Umno dan mereka juga merasai dan menikmati hasilnya.
"Sebagai membalas budi kerajaan yang banyak membantu mereka menerusi filem dan persembahan, maka mereka mengambil keputusan untuk menyertai Umno dan mereka mahu mempertahankan apa yang mereka nikmati sekarang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Badruddin berharap artis dan selebriti yang mempunyai ramai peminat di seluruh tanah air mampu berperanan untuk menerangkan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional.
"Kita tahu golongan selebriti ini mempunyai ramai peminat dan penyokong. Jadi mereka mempunyai peranan tersendiri, sekali gus menarik sokongan peminat mereka terhadap Umno," katanya.
Antara selebriti yang menyertai Umno adalah Tan Sri Jins Samsudin, Jamal Abdillah, Datuk AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida, Afdlin Shauki Aksan, Harun Salim Bachik, Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris Kool dan Adam AF.
Badruddin berkata penyertaan selebriti dalam mana-mana parti politik sama ada BN atau pembangkang bergantung kepada penilaian masing-masing.
"Cuma saya boleh cakap, bagi mereka yang masuk kem di 'sebelah sana', mereka mungkin adalah orang yang kecewa, yang merasakan diri mereka tidak diberi perhatian sewajarnya.
"Tetapi kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang adil dan saksama,"
Setakat bob lokman dengan sham kamikaze je masuk pas,apa barang,UMNO lagi ramai masuk larh,yang top-top pulak tu,ini yang masuk pas semata-mata nak dapat label ustaz segera....hakkktuihhh.
IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA
Friday, 13 April 2012
Thursday, 5 April 2012
PANGLIMA PERANG AL-JUBURI KENA SAPU!!!
Baru-baru ni,MC dengar cerita kata si hero yang tak didendang,adam adli,kena sapu dekat kampung kerinchi,sampai biru jugalah mata dia,padan muka,nak tunjuk hero sangat,baru umur 22 tahun,belajar pon tak habis lagi,ada hati nak selesaikan masalah kat kampung kerinchi yang dia sendiri pon entah tau entah tak.

MC ada juga dengar soseh-soseh kata ini semua rancangan puak-puak depa juga,pasal orang yang rakam video tumbuk tu macam tau-tau je yang si adam adli ni nak kena sapu kat situ,tapi kalau tengok balik lebam kat mata si dungu tu memang nampak macam real punya biru,tak taulah kan kot mekap ka apa ka.
Tapi kalau si bodoh adam adli tu mai area MC,insyaAllah,MC tak duduk diam,MC takkan bagi dia jejak tanah area yang MC duduk sekarang ni,bukan apa,dia tu belajar pon tak habis lagi,kencing pon bersepah lagi,ada hati nak masuk tunjuk hero dalan gelanggang politik yang dia sendiri belum khatam habis lagi,dan habuan dia,tu,mata biru serupa mat saleh kena panas.hahahaha

IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA
Wednesday, 14 March 2012
anwar patut malu pada shahrizat!!!
Siapa lebih berani, bermaruah dan berintegriti…..Antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai menteri.
Ketika diajukan soalan ini kepada Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh, beliau melihat Shahrizat lebih berintegriti serta bertanggungjawab dengan mengambil kira kepentingan kerajaan dan umum.
Tegas beliau, pendirian berkenaan bukanlah atas faktor politik tetapi melihatnya secara rasional yang mana Shahrizat langsung tidak ada kepentingan dengan NFC dan yang ada kaitan adalah suami beliau yang secara langsung menunjukkan kepada rakyat bagaimana kebertanggungajawaban dan integriti yang dipikul oleh Shahrizat.
“Berbanding dengan Anwar, beliau sendiri yang terlibat dengan pelbagai skandal dan pelbagai dakwaan…Macam-macam dakwaan yang kita dengar dan lihat pasal Anwar ini. Daripada isu liwat, bantuan asing, dakwaan hubungan seks dengan pelacur China siap dengan rakaman aksi lagi dan macam-macam, namun masih lagi berstatus sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.
“Saya bukannya mempertahankan Shahrizat dan bukan atas dasar saya sebagai Exco Pemuda UMNO dan Shahrizat pula Ketua Wanita UMNO, saya mengambil pendirian ini, tetapi secara dasarnya begitulah. Kita perlu tengok secara rasional. Bukankah yang ada kaitan dengan NFC itu suami beliau dan berbanding Anwar, beliau sendiri,” katanya.
Ali Mazat yang juga Ketua Pemuda Kulai seterusnya menegaskan bukan sahaja Anwar tetapi ramai lagi pemimpin pembangkang lain yang turut terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk terkini yang melibatkan Ustaz Badrolamin Bahrum.
Bagi beliau pemimpin pembangkang tidak ada integriti sebaliknya lebih kepada retorik pada ceramah mereka di seluruh pelusuk negara yang berpaksikan kepada usaha untuk melingkupkan kerajaan yang ada hari ini sekaligus menawan Putrajaya.
“Sepatutnya mereka perlu jadi pembangkang yang berperanan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan yang ada hari ini untuk sama-sama membantu memacu negara ke tahap yang lebih maju dan bukannya bersikap sedemikian.
“Apapun Anwar patut malu kepada Shahrizat dan eloklah beliau cermin-cerminkan dirinya. Jangan hanya sekadar berani dan garang di pentas ceramah, namun dalam dirinya tidak ada integriti,” katanya.
DARI PEJUANG ISLAM 1 MALAYSIA....MAMAKCYBER
KJ balas kaki pungkoq....cantekk!!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) olehThe Wall Street Journal (WSJ)bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.
Menurut beliau, kenyataan Anwar seperti disiarkan di WSJ pada Januari lalu terbahagi kepada dua iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua, pengiktirafan negara Israel.
Lepas ni apa lagi alasan yang al juburi ni nak bagi lagi tak tau lah,terang-terang dia cakap dia sokong segala usaha melindungi keselamatan kaum yang dengan terang lagi bersuluh melanggar hak sasi manusia dengan merampas tanah dan membunuh rakyat palestin yang tak berdosa.
MC rasa lepas ni jugak dia akan membangkitkan soal APCO,tentang kapal israel yang dikatakan berlabuh di pelabuhan MALAYSIA bagi menutup segala kesalahan yang telah dilakukan oleh manusia keparat ni.

Tuesday, 6 March 2012
PAS TERDESAK.. PAU AHLI 10% DARI BR1M UNTUK PRU13
Tahniah atas pendedahan sahabat MC iaitu taipingcentral atas pendedahan pekeliling pau 10% dari BR1M di kalangan ahli PAS. http://taipingcentral.blogspot.com/2012/03/bukti-photo-pas-taiping-kerah-ahli.html
As salam. Terkejut TC bila mana satu makhluk orang kuat PAS merungut-rungut di depan TC di lokasi tempat juadah selalu santap bersarapan. Mana taknya, boleh dikatakan satu kedai tu boleh dengar suara pakcik ni.
TC pun pe lagi, pasang la telinga. Rupanya dia dok merungut duit BR1M yang dia baru dapat akan di aqhiqah kan kepada kawasan depa. 15% atau RM50 kena pulang balik pada kawasan atau dewan masing. Katanya untuk persediaan dan keperluan PIlihanraya Umum 13. Muncung pakcik tu punya panjang, ye lah baru nak berisi poket udah kena pau.
TC kena cari bukti, sekurang-kurangnya ada surat atau apa jua bentuk arahan yang di keluarkan oleh dewan diorg ni. Kebetulan malam tu sempat mengikuti satu ceramah di Bukit Gantang, sahabat TC menyerahkan satu pekeliling tersebut. Tuuuuu dia, sahih depa pow duit rakyat ni..
Yang menjadi peliknya, kenapa wang yang juak2 pasngok ni anggap sebagai rasuah pilihanraya, yang mereka anggap sebagai duit haram, yang mereka anggap sebagai salahguna wang rakyat, juak2 pasngok ni puluh betul2.
Yang bertambah peliknya, boleh pulak di pow nya ahli2 untuk kesenangan pemimpin juak2 mereka.
INGAT ORANG ORANG KAMUNTING, duit BR1M adalah hak anda, ini adalah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional kepada anda. Bukan untuk pemimpin anda yang telah sedia memang berada.
TC: Dah la tak berterima kasih, merungut pulak kena pow.. PELIK PELIK...
Tuesday, 14 February 2012
ustaz nasha pun balun bang nuar!!!
Ustaz Nasaruddin dengan lantang secara terbuka menghantam pemimpin yang menyokong keselamatan Israel,kerana Ustaz Nasaruddin berkata seramai 60 orang ulama dunia menyatakan jihad menentang Yahudi.walau pun seinci tanah yang di rampas rejim zionis itu adalah hak milik penduduk Palasten.
Dalam perjumpaan Ustaz Nasaruddin dengan pemimpin Hamas,,pemimpin Hamas berkenaan menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Anwar menyokong keselamatan Israel.Ianya bagai satu tamparan hebat yang membuat Anwar pitam.Pisau Kedah puji Ustaz Nasaruddin yang berani lantang bersuara menghantam mana-mana pemimpin yang menyokong Israel..Israel bukanlah satu Negara,kerana Israel tidak mempunyai tanah untuk di jadikan Negara..bagaimana Anwar boleh mengatakan Israel adalah satu Negara.ini membuktikan pengiktirafan Anwar terhadap Israel,dan menghalalkan darah-darah rakyat Palestin yang mengalir di atas kekejaman rejim zionis.
IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER
Monday, 13 February 2012
NASIHAT JE KE LEBAI??
Dewan Pemuda Pas menasihatkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh supaya belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.
tu dia pemimpin yang hangpa kata boleh dipujuk masuk islam dulu,terang-terang dia dok kutuk islam,pertikai undang-undang islam,siap dia boleh kata kalau nak tubuhkan negara islam,langkah mayat dia dulu,macam tu punya sebal dan bebal dia punya perangai macam lembu cacat,aku tak tau macam mana puak-puak pas bolah tahan dengan perangai dia.
tu baru perangai dia,belum masuk perangai anak-anak dia,suku sakat dia,kaum kerabat dia,kena masuk pulak perangai geng-geng dia dalam kandang pr dan geng kat seberang tambak tu,mau pening kepala nik ajis dengan abang adi awang nak backup balik.
tu lah,dulu cakap UMNO kafir sebab bersatu dengan orang kafir,tapi cuba tengok sekarang?manusia-manusia yang dengan berani cakap suatu masa dulu,dah bersatu dengan puak kafir yang lagi teruk daripada orang kafir yang bersatu dengan UMNO dulu.
lain kali,sebelum bawak keluar fatwa rekaan sendiri,pikiaq dulu kesan jangka pendek dengan jangka panjang,tengok sekarang,kan dah terpijak taik sendiri.

IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER
tu dia pemimpin yang hangpa kata boleh dipujuk masuk islam dulu,terang-terang dia dok kutuk islam,pertikai undang-undang islam,siap dia boleh kata kalau nak tubuhkan negara islam,langkah mayat dia dulu,macam tu punya sebal dan bebal dia punya perangai macam lembu cacat,aku tak tau macam mana puak-puak pas bolah tahan dengan perangai dia.
tu baru perangai dia,belum masuk perangai anak-anak dia,suku sakat dia,kaum kerabat dia,kena masuk pulak perangai geng-geng dia dalam kandang pr dan geng kat seberang tambak tu,mau pening kepala nik ajis dengan abang adi awang nak backup balik.
tu lah,dulu cakap UMNO kafir sebab bersatu dengan orang kafir,tapi cuba tengok sekarang?manusia-manusia yang dengan berani cakap suatu masa dulu,dah bersatu dengan puak kafir yang lagi teruk daripada orang kafir yang bersatu dengan UMNO dulu.
lain kali,sebelum bawak keluar fatwa rekaan sendiri,pikiaq dulu kesan jangka pendek dengan jangka panjang,tengok sekarang,kan dah terpijak taik sendiri.

IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER
Subscribe to:
Posts (Atom)
