Ada yang beranggapan rutin melakukan hubungan seks boleh membuat
tubuh perempuan menjadi gemuk. Alasannya, perempuan yang kerap berhubungan seks
maka payudara, berat badan dan saiz punggungnya akan membesar. Tapi benarkah
khabar tersebut?
Para penyelidik mendedahkan khabar tersebut adalah satu mitos.
Namun sayangnya perkara ini sangat popular di kalangan masyarakat, sampai ada
yang menyekat kegiatan hubungan seksnya. Ramai yang bimbang siraman AIR MANI ketika
sanggama boleh membuatnya gemuk kerana percaya air mani mengandungi kalori yang
tinggi.
Padahal tidak ada alasan fisiologi yang boleh menjelaskan mengenai
keadaan ini. Rata-rata 2-3 ml air mani yang dikeluarkan ketika ejakulasi dan
kemungkinan hanya mengandungi sekitar 15 kalori.
Beberapa kajian memang menunjukkan ada penambahan berat badan
selepas berkahwin baik pada laki-laki mahupun perempuan, tapi perkara ini tidak
ada hubungannya dengan hubungan seks.
Perkara ini disebabkan oleh adanya keselesaan yang dirasakan
seseorang dalam hubungan perkahwinan. Keselesaan ini cenderung membuat
seseorang makan lebih banyak sehingga menyebabkan kenaikan berat badan.
Umumnya seorang perempuan akan mengalami proses semulajadi yang
membuatnya bertambah berat badan dan sukar mengembalikan bentuk tubuhnya, iaitu
ketika ia mengandung dan melahirkan.
Serta banyak perkara yang difikirkan oleh seseorang selama
menempuh alam perkahwinan atau perempuan tidak lagi fokus memerhatikan berat
badan dan cenderung acuh tak acuh dengan bentuk tubuhnya.
Untuk itu jika seseorang ingin mengelakkan naiknya berat badan
selepas berkahwin bukan dengan mengurangkan kekerapan berhubungan seks, tapi menjaga
pola makan yang sihat serta sukan secara teratur.

DARI PEJUANG
MAYA MAMAK CYBER
No comments:
Post a Comment