Wednesday 14 March 2012

anwar patut malu pada shahrizat!!!


Siapa lebih berani, bermaruah dan berintegriti…..Antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai menteri.
Ketika diajukan soalan ini kepada Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh, beliau melihat Shahrizat lebih berintegriti serta bertanggungjawab dengan mengambil kira kepentingan kerajaan dan umum.
Tegas beliau, pendirian berkenaan bukanlah atas faktor politik tetapi melihatnya secara rasional yang mana Shahrizat langsung tidak ada kepentingan dengan NFC dan yang ada kaitan adalah suami beliau yang secara langsung menunjukkan kepada rakyat bagaimana kebertanggungajawaban dan integriti yang dipikul oleh Shahrizat.
“Berbanding dengan Anwar, beliau sendiri yang terlibat dengan pelbagai skandal dan pelbagai dakwaan…Macam-macam dakwaan yang kita dengar dan lihat pasal Anwar ini. Daripada isu liwat, bantuan asing, dakwaan hubungan seks dengan pelacur China siap dengan rakaman aksi lagi dan macam-macam, namun masih lagi berstatus sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.
“Saya bukannya mempertahankan Shahrizat dan bukan atas dasar saya sebagai Exco Pemuda UMNO dan Shahrizat pula Ketua Wanita UMNO, saya mengambil pendirian ini, tetapi secara dasarnya begitulah. Kita perlu tengok secara rasional. Bukankah yang ada kaitan dengan NFC itu suami beliau dan berbanding Anwar, beliau sendiri,” katanya.
Ali Mazat yang juga Ketua Pemuda Kulai seterusnya menegaskan bukan sahaja Anwar tetapi ramai lagi pemimpin pembangkang lain yang turut terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk terkini yang melibatkan Ustaz Badrolamin Bahrum.
Bagi beliau pemimpin pembangkang tidak ada integriti sebaliknya lebih kepada retorik pada ceramah mereka di seluruh pelusuk negara yang berpaksikan kepada usaha untuk melingkupkan kerajaan yang ada hari ini sekaligus menawan Putrajaya.
“Sepatutnya mereka perlu jadi pembangkang yang berperanan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan yang ada hari ini untuk sama-sama membantu memacu negara ke tahap yang lebih maju dan bukannya bersikap  sedemikian.
“Apapun Anwar patut malu kepada Shahrizat dan eloklah beliau cermin-cerminkan dirinya. Jangan hanya sekadar berani dan garang di pentas ceramah, namun dalam dirinya tidak ada integriti,” katanya

DARI PEJUANG ISLAM 1 MALAYSIA....MAMAKCYBER

No comments:

Post a Comment