Friday 13 April 2012

MUBARAK BERJUANG DEMI RAKYAT!!!!!


 Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Malaysia akan menumpukan kepada 161 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 80 kawasan Parlimen di seluruh negara bagi membantu Barisan Nasional (BN)  memenangi pilihan raya umum ke-13. 
Setiausaha Agungnya Datuk Abdul Rahman Ibrahim berkata pihaknya dengan kerjasama Persatuan Veteran Umno akan mengadakan pelbagai program penerangan bagi meraih sokongan rakyat. 
 
"Fokus kita adalah untuk mendekati golongan di luar arus perdana, iaitu kelompok yang tidak terlibat seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pesara.
 
"Jika kita lihat di sesetengah tempat jumlah ahli parti hanya 30-35 peratus, selebihnya adalah kalangan bukan ahli parti yang jadi pengundi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Peranan Mubarak dan Veteran Umno Untuk Menghadapi PRU-13, di Ketereh, di sini hari ini.
 
Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata pihaknya telah melantik bekas-bekas wakil rakyat sebagai fasilitator ataupun pembantu di setiap kawasan DUN dan Parlimen di seluruh negeri bagi menjayakan program tersebut.
 
"Kita lihat momentum sokongan semakin meningkat berdasarkan kehadiran yang ramai pada setiap program dan perhimpunan yang kita telah diadakan.
 
"Tinjauan yang kita buat juga ada angin perubahan daripada segi sokongan ini. Cumanya kita perlu teruskan gerak kerja ini supaya gelombang sokongan itu terus meningkat dan berterusan," katanya.  - Bernama

IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA

No comments:

Post a Comment