Sunday 12 February 2012

ustaz kazim dah marah dahhhhhh


Penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias  melahirkan kebimbangan beliau mengenai senario semasa yang menunjukkan pemahaman umat Islam tentang agama telah disalah ertikan oleh pemimpin parti politik.
Bercakap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada ceramah Selamatkan Akidah Umat Islam di Padang Kampung Pengkalan Pegoh di sini malam tadi, Muhammad Kazim berkata, parti politik adalah manusia dan pemimpin parti juga bukan rasul atau nabi yang tidak boleh dipertikaikan.
"Tak masuk parti bukan Islam, keluar parti bukan Islam dan kalau tak sokong parti tidak Islam. Apabila ditegur, kena pecat.
"Pemimpin parti bukan rasul. Ketaatan mutlak hanya untuk Allah dan Rasul," katanya pada ceramah yang turut dihadiri bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.
Penceramah bebas yang popular itu juga menegur pemimpin tertentu yang menghina Nabi Muhammad dalam beberapa perkara termasuk menyamakan baginda dengan kanak-kanak biasa lain semasa belum dilantik menjadi Rasulullah.
Beliau juga kecewa apabila pemimpin tertentu yang menggelarkan diri sebagai ulama mempertikaikan perarakan pada hari Maulidur Rasul kerana ia tidak diamalkan oleh Rasulullah tetapi menggalakkan pengikut mereka pergi ke Perhimpunan Bersih.
Menurut Muhammad Kazim, apa salahnya umat Islam berselawat dan menuju ke masjid dan mereka semuanya menutup aurat semasa perarakan Maulidur Rasul.
Sementara itu, beliau melahirkan kekesalannya apabila difitnah sebagai ahli UMNO dan akan bertanding sebagai calon UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

padan muka hangpa la pakatan rosak oiiiiiii




IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER

No comments:

Post a Comment