Saturday 15 October 2011

hardi awang sokong gejala murtad??

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud. Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah.
''Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak.
''Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?
''Barangkali awak tidak sempat tahun 60-an. UMNO (ketika itu) cakap tidak boleh laksanakan hudud sebab tidak cukup batu hendak buat jalan raya,'' katanya kepada pemberita pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan Pas negeri di Pantai Pandak, Cendering dekat sini hari ini.
Abdul Hadi diminta mengulas gesaan agar Pas tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.
Cadangan mewujudkan Akta Murtad dikemukakan Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.
Katanya, perbalahan kalangan parti pembangkang berhubung soal itu adalah perbezaan pandangan yang diberikan berasaskan persefahaman.

No comments:

Post a Comment