Thursday 27 October 2011

AYAT ORANG PENAKUT...


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu lagi bercakap dan menjawab soalan daripada media mengenai hudud bermula hari ini.

Malahan beliau turut mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai jurucakap rasmi mengenai isu hudud.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukum t...ersebut dan bukannya hanya bercakap kosong.

"Saya sudah berjanji tidak mahu bercakap lagi mengenai hudud. Hanya Mohd. Amar seorang sahaja yang akan cakap mengenai hudud supaya tidak celaru.

"Zaman bercakap hudud sudah habis, sekarang masa bertindak, kita sudah buat jawatankuasa, biar jawatankuasa tentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan penyampaian sumbangan sempena Aidiladha 2011 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak memberi tempoh masa tertentu kepada Jawatankuasa Pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan untuk menyiapkan kajian mereka.

Kelmarin, Kerajaan Pas Kelantan mengumukan pembentukkan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Inilah dia,seorang pemimpin pembangkang yang selalu berdolak-dalik dalam melaksanakan apa yang mereka teriak dan laungkan setiap detik
 
 DARI MAMAK CYBER
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment