Wednesday 16 January 2013

WAJIB BACA-KEMANA HILANGNYA SEMANGAT INI WAHAI BANGSA MELAYU SEKALIAN...




Tempoh hari MAMAK ada berjumpa dan berbual dengan seorang warga emas yang merupakan "otai" dekat  kawasan perumahan yang MAMAK duduk,umur dalam 80 tahun,dan kami pun berbual tentang sejarah hidup beliau

Dia merupakan seorang bekas perajurit yang terbabit menentang pengganas komunis dan menjaga tanah air tercinta.

Dan cuba bayangkan kekecewaan seorang bekas perajurit,yang bersabung nyawa menentang komunis,dan pada hari ini,ada segelintir rakyat MALAYSIA berbangsa MELAYU,dan beragama ISLAM,dengan angkuh dan sombong telah mengatakan yang komunis itu adalah pejuang NEGARA.

Semasa perbualan tu juga,warga emas ni menghulurkan secebis kertas lusuh yang hampir hancur,kepada MAMAK.dengan rasa ingin tahu,MAMAK pun ambil kertas tu dan cuba baca,tapi gagal,tulisan kecil dan pudar.MAMAK pun bawa balik rumah lepas minta pinjam sekejap,guna cermin kanta 5 kali zoom,baru tau yang kertas ni sebenarnya bukan sebarang kertas,benda ni sebenarnya SUMPAH MELAYU.

Selang 2 hari MAMAK pulangkan balik kertas pusaka tu kat dia,dan tanya,betul ke ni sumpah melayu,dia kata,ya,generasi sekarang mana tau apa pasal sumpah menyumpah ni,tau nak main langgar je,dan MAMAK rasa,melayu berpecah kerana mereka lupa kandungan sumpah ni

Dan,sekarang,giliran MAMAK mengingatkan kepada bangsa melayu akan sumpah ni.

    SUMPAH MELAYU

Kami,MELAYU beragama ISLAM pada hari ini berjanji,tidak akan berhasad dengki,khianat dan iri hati,bertelagah dan berbalah sesama sendiri.
Kami berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agam ISLAM.
Kami juga berjanjiakan berkerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
Kami sedia bersaing sesama umat melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
Kami umat MELAYU ISLAM bersumpah setia untuk:
-mempertahankan hak orang melayu
-mempertahankan RAJA-RAJA MELAYU
-memperjuangkan IKHTISAD dan pelajaran bangsa MELAYU
-dan mempertahankan maruah NEGARA supaya aman dan sejahtera.

indah bukan sumpah yang dilafazkan sejak berpuluh tahun dahulu,tapi sayang,kerana tamakkan kuasa pemerintahan,ada segelintir bangsa MELAYU,yang sanggup berpaling tadah dan membelot bangsa sendiri........

No comments:

Post a Comment