Subang Jaya: Seorang kanak-kanak perempuan trauma apabila
dicabul seorang tukang sapu sampah di tangga berdekatan apartmen didudukinya di
Apartmen Lagoon Perdana, di sini, Jumaat lalu.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 11 tahun itu menuruni tangga
untuk pergi ke kedai sebelum terserempak tukang sapu sampah warga asing yang
menarik lengan mangsa sebelum mencium pipi kirinya.
Menurut sumber, mangsa berjaya melepaskan diri, namun dikejar suspek sehingga tingkat tiga dan lelaki terbabit sekali lagi menciumnya.
“Mangsa meronta-ronta sebelum melarikan diri dan meminta bantuan
pengawal keselamatan di tingkat bawah bangunan berkenaan.
“Pengawal keselamatan itu kemudian menahan suspek sebelum menghubungi polis dan menyerahkan lelaki terbabit kepada polis,” katanya.
No comments:
Post a Comment