Friday 13 April 2012

LGE...JANGAN CUBA BERMAIN DENGAN API!!!!!!


Amaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada 84 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu supaya berhenti melanggan akhbar arus perdana berbahasa Melayu merupakan satu perbuatan rasis yang menghalang perpaduan rakyat.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, amaran tersebut akan membawa kesan buruk kepada rakyat keseluruhan terutamanya dari segi perkauman dan cintai bahasa kebangsaan.
"Bagi saya, amaran ini merupakan bentuk rasis dan hasutan secara halus bagi membenci bahasa Melayu, sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan negara.
"Tidak sepatutnya Guan Eng berbuat sedemikian yang hanya akan membentuk generasi muda di SJKC membenci bahasa Melayu dan secara tidak langsung kepada orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas amaran Guan Eng supaya berhenti melanggan akhbar arus perdana berbahasa Melayu.
Pada 7 April lepas, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan yang mendedahkan amaran Guan Eng itu ketika berucap menyampaikan bantuan kepada SJKC di Pulau Pinang.
Tambah Azwanddin, kebebasan dan demokrasi yang dilaung-laung oleh pemimpin pembangkang itu juga hanya untuk kepentingan mereka sendiri dan bukan untuk keseluruhan rakyat.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman memberi amaran kepada Guan Eng agar tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kemarahan orang Melayu.
"Kita duduk dalam sebuah masyarakat majmuk, berbilang kaum dan agama yang mana bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara serta menjadi penghubung dan penyatuan kepada semua.
"Soal langgan akhbar arus perdana bahasa Melayu adalah hak mana-mana pihak. Mereka sendiri dapat menilai," tegasnya.


IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA

No comments:

Post a Comment