Thursday 10 November 2011

KJ tibai pakatan ronggeng

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tuduhan pembangkang kononnya Projek Fidlot Nasional gagal sebagai tidak berasas dan berorientasikan politik semata-mata.
Katanya, berdasarkan kajian sendiri termasuk juga menemubual pegawai kementerian untuk mendapatkan gambaran sebenar kedudukan projek tersebut, beliau mendapati segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang itu tidak betul, ada banyak kelemahan dalam penghujahan mereka.
"Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2011 di muka surat 138, jelas tercatat bahawa sasaran 8,000 ekor lembu pada 2010 tercapai.
"Mengikut laporan itu juga, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8,016 ekor bagi tempoh 2008 hingga 2010.
''Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,742 telah disembelih sehingga akhir November 2010. Bagaimana pembangkang boleh kata projek tersebut gagal sedangkan sasaran projek tersebut tercapai," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Semalam, isu pinjaman RM250 juta kepada NFC yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menurut Khairy, pembohongan pembangkang dalam isu berkenaan terserlah apabila menuduh NFC menerima tanah seluas 2,000 hektar secara percuma.
"Ini adalah tuduhan palsu kerana NFC tidak pernah diberikan tanah seluar 2,000 hektar, sebaliknya syarikat tersebut hanya ditawarkan tanah seluas 600 hektar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menjayakan Projek Fidlot Nasional," jelasnya.
Dalam pada itu, Khairy juga menegaskan, pembayaran RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) adalah bagi memastikan syarikat tersebut mampu melaksanakan tanggungjawabnya untuk membina rangkaian penawaran, pasaran produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.
Selain itu, katanya, ia juga berperanan memajukan operasi sistem lojistik serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Keusahawanan


FROM MAMAK CYBER