Saturday 30 March 2013

MANIFESTO JAHANAM!!!

                                                                                                                                                                                    
   
KUALA LUMPUR 30 Mac - Manifesto pakatan pembangkang bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dilancarkan baru-baru diibaratkan tisu jamban yang hanya boleh dipakai dan dibuang, kata Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Menurutnya, ini kerana manifesto tersebut kosong dan tidak memiliki apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat serta bukan sebuah janji untuk ditunaikan sekiranya mereka memerintah negara.

"Kita lihat bukti dan contoh pada PRU-12, banyak janji-janji pakatan pembangkang kepada rakyat tidak ditunaikan terutamanya kepada rakyat di Selangor. Manifesto mereka hanya merupakan satu cabaran terbaharu untuk meliwat pemikiran rakyat.
...
"Mereka (pakatan pembangkang) seolah-olah tin kosong yang asyik menggembar-gemburkan macam-macam perihal dan janji kepada rakyat, sebaliknya mereka sendiri tidak mampu melaksanakannya, kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Muhammad Zahid turut memberi amaran kepada pihak pembangkang agar tidak cuba bermain api dengan melakukan huru-hara dan kacau-bilau sekiranya mereka tewas pada pilihan raya umum nanti.

Kata beliau, jika rancangan itu diteruskan TIBAI akan memastikan pakatan pembangkang akan terbakar dengan api rancangan jahat mereka sendiri.

"Kami tidak akan membenarkan pakatan pembangkan meliwat keamanan dan keharmonian rakyat. Saya yakin pada waktu ini, tiada seorang rakyat pun yang mahu diliwat pemikiran mereka," ujarnya.

Muhammad Zahid berkata, senario pilihan raya umum 2008 tidak akan sama dengan PRU-13 kerana ramai rakyat sudah menyedari kelemahan pembangkang.

Jelasnya, beliau yakin para pengundi BN yang pada 2008 yang menukar undi mereka kepada pihak pembangkang akan kembali memberi sokongan kepada kerajaan kali ini.

"Malahan, banyak penyokong tegar pakatan pembangkang juga diyakini akan beralih arah dan mengundi BN," katanya. -
                                                                                                     

Friday 1 March 2013

SIAPA DALANG DI SEBALIK PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU??








                                           ini ke dalangnya?


TAK semena-mena, Barisan Nasional Pembebasan Moro (MNLF) mengeluarkan ancaman untuk menghantar pasukan tenteranya ke Lahad Datu, sekiranya pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kumpulan yang mendakwa Tentera Kesultanan Sulu yang menceroboh sebuah kawasan kampung di Sabah 3 minggu lepas.

Bagi yang rapat dengan perkembangan politik semasa, pasti sedar bahawa nama Anwar memang sudah mula dikaitkan sebaik berita pencerobohan kumpulan bersenjata ini meletus.  Kebetulan atau apa, hari mereka masuk ke Lahad Datu adalah hari sama Anwar dianugerahkan dengan gelaan ‘Huguan Siou’ oleh PKR Ranau.

Tapi selain dari itu, sukar nak mengaitkan Anwar dengan insiden tersebut.  Maklum sajalah Anwar, video terang-terang muka dia sedang berzina pun dia tak mengaku lagi.

Bagaimanapun, setelah MNLF yang dipimpin Nur Misuari mengeluarkan ancaman di atas, bukti penglibatan Anwar dalam insiden pencerobohan ini semakin jelas.  Apatah lagi disebutkan Anwar ada berjumpa dengan Misuari  lebih kurang 4 bulan lepas.  Selain dari itu, Anwar menghantar beberapa utusan, dipercayai untuk merancang apa yang kita lihat hari ini berlaku di Lahad Datu.

Seolah-olah terasa sendiri, Anwar beberapa hari lepas tampil dengan kenyataan akhbar menafikan penglibatannya dalam insiden tersebut seperti yang dinyatakan oleh beberapa media antarabangsa dan Filipina seperti Reuters dan Manila Time.

Macam biasa, Anwar tuduh UMNO pulak yang jadi dalang.  Eh, dia punya taik, UMNO pulak yang kena tuduh?  Bebal!!

Setelah kita tahu perkara ini (penglibatan Anwar), penulis ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak ikut dengan kehendak Anwar yang mahukan pertumpahan darah berlaku.  Teruskan dengan kepungan sehingga puak-puak dalam kampung itu kelaparan dan kebuluran.

Kalau dapat tahu sumber makanan apa yang mereka dapat untuk bertahan, racunkan saja tumbuhan tersebut, biar pengsan, sakit perut  dan sebagainya.  Nanti dia keluar sendirilah tu.

Berbanding kalau pasukan tentera serang, nanti akan jadi isu politik dan kemanusian yang hebat kerana kelompok ini macam Anwar juga, cakap degar-degar nak bertahanlah, berjuang sampai matilah dan sebagainya, tapi dok hantar orang tua, wanita dan kanak-kanak, selain senjata yang ketinggalan zaman dan uzur.