Wednesday 14 March 2012

anwar patut malu pada shahrizat!!!


Siapa lebih berani, bermaruah dan berintegriti…..Antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai menteri.
Ketika diajukan soalan ini kepada Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh, beliau melihat Shahrizat lebih berintegriti serta bertanggungjawab dengan mengambil kira kepentingan kerajaan dan umum.
Tegas beliau, pendirian berkenaan bukanlah atas faktor politik tetapi melihatnya secara rasional yang mana Shahrizat langsung tidak ada kepentingan dengan NFC dan yang ada kaitan adalah suami beliau yang secara langsung menunjukkan kepada rakyat bagaimana kebertanggungajawaban dan integriti yang dipikul oleh Shahrizat.
“Berbanding dengan Anwar, beliau sendiri yang terlibat dengan pelbagai skandal dan pelbagai dakwaan…Macam-macam dakwaan yang kita dengar dan lihat pasal Anwar ini. Daripada isu liwat, bantuan asing, dakwaan hubungan seks dengan pelacur China siap dengan rakaman aksi lagi dan macam-macam, namun masih lagi berstatus sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.
“Saya bukannya mempertahankan Shahrizat dan bukan atas dasar saya sebagai Exco Pemuda UMNO dan Shahrizat pula Ketua Wanita UMNO, saya mengambil pendirian ini, tetapi secara dasarnya begitulah. Kita perlu tengok secara rasional. Bukankah yang ada kaitan dengan NFC itu suami beliau dan berbanding Anwar, beliau sendiri,” katanya.
Ali Mazat yang juga Ketua Pemuda Kulai seterusnya menegaskan bukan sahaja Anwar tetapi ramai lagi pemimpin pembangkang lain yang turut terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk terkini yang melibatkan Ustaz Badrolamin Bahrum.
Bagi beliau pemimpin pembangkang tidak ada integriti sebaliknya lebih kepada retorik pada ceramah mereka di seluruh pelusuk negara yang berpaksikan kepada usaha untuk melingkupkan kerajaan yang ada hari ini sekaligus menawan Putrajaya.
“Sepatutnya mereka perlu jadi pembangkang yang berperanan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan yang ada hari ini untuk sama-sama membantu memacu negara ke tahap yang lebih maju dan bukannya bersikap  sedemikian.
“Apapun Anwar patut malu kepada Shahrizat dan eloklah beliau cermin-cerminkan dirinya. Jangan hanya sekadar berani dan garang di pentas ceramah, namun dalam dirinya tidak ada integriti,” katanya

DARI PEJUANG ISLAM 1 MALAYSIA....MAMAKCYBER

KJ balas kaki pungkoq....cantekk!!


 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau)  ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) olehThe Wall Street Journal (WSJ)bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.
Menurut beliau, kenyataan Anwar seperti disiarkan di WSJ pada Januari lalu terbahagi kepada dua iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua, pengiktirafan negara Israel.


Lepas ni apa lagi alasan yang al juburi ni nak bagi lagi tak tau lah,terang-terang dia cakap dia sokong segala usaha melindungi keselamatan kaum yang dengan terang lagi bersuluh melanggar  hak sasi manusia dengan merampas tanah dan membunuh rakyat palestin yang tak berdosa. 


MC rasa lepas ni jugak dia akan membangkitkan soal APCO,tentang kapal israel yang dikatakan  berlabuh di pelabuhan MALAYSIA bagi menutup segala kesalahan yang telah dilakukan  oleh manusia keparat ni. 



DARI PEJUANG ISLAM 1 MALAYSIA......MAMAK CYBER

Tuesday 6 March 2012

PAS TERDESAK.. PAU AHLI 10% DARI BR1M UNTUK PRU13





Tahniah atas pendedahan sahabat MC iaitu taipingcentral atas pendedahan pekeliling pau 10% dari BR1M di kalangan ahli PAS. http://taipingcentral.blogspot.com/2012/03/bukti-photo-pas-taiping-kerah-ahli.html


As salam. Terkejut TC bila mana satu makhluk orang kuat PAS merungut-rungut di depan TC di lokasi tempat juadah selalu santap bersarapan. Mana taknya, boleh dikatakan satu kedai tu boleh dengar suara pakcik ni.

TC pun pe lagi, pasang la telinga. Rupanya dia dok merungut duit BR1M yang dia baru dapat akan di aqhiqah kan kepada kawasan depa. 15% atau RM50 kena pulang balik pada kawasan atau dewan masing. Katanya untuk persediaan dan keperluan PIlihanraya Umum 13. Muncung pakcik tu punya panjang, ye lah baru nak berisi poket udah kena pau.

TC kena cari bukti, sekurang-kurangnya ada surat atau apa jua bentuk arahan yang di keluarkan oleh dewan diorg ni. Kebetulan malam tu sempat mengikuti satu ceramah di Bukit Gantang, sahabat TC menyerahkan satu pekeliling tersebut. Tuuuuu dia, sahih depa pow duit rakyat ni..

Yang menjadi peliknya, kenapa wang yang juak2 pasngok ni anggap sebagai rasuah pilihanraya, yang mereka anggap sebagai duit haram, yang mereka anggap sebagai salahguna wang rakyat, juak2 pasngok ni puluh betul2.

Yang bertambah peliknya, boleh pulak di pow nya ahli2 untuk kesenangan pemimpin juak2 mereka.

INGAT ORANG ORANG KAMUNTING, duit BR1M adalah hak anda, ini adalah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional kepada anda. Bukan untuk pemimpin anda yang telah sedia memang berada.

TC: Dah la tak berterima kasih, merungut pulak kena pow.. PELIK PELIK...