Tuesday 14 February 2012

ustaz nasha pun balun bang nuar!!!



Ustaz Nasaruddin dengan lantang secara terbuka menghantam pemimpin yang menyokong keselamatan Israel,kerana Ustaz Nasaruddin berkata seramai 60 orang ulama dunia menyatakan jihad menentang Yahudi.walau pun seinci tanah yang di rampas rejim zionis itu adalah hak milik penduduk Palasten.
Dalam perjumpaan Ustaz Nasaruddin dengan pemimpin Hamas,,pemimpin Hamas berkenaan menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Anwar menyokong keselamatan Israel.Ianya bagai satu tamparan hebat yang membuat Anwar pitam.Pisau Kedah puji Ustaz Nasaruddin yang berani lantang bersuara menghantam mana-mana pemimpin yang menyokong Israel..Israel bukanlah satu Negara,kerana Israel tidak mempunyai tanah untuk di jadikan Negara..bagaimana Anwar boleh mengatakan Israel adalah satu Negara.ini membuktikan pengiktirafan Anwar terhadap Israel,dan menghalalkan darah-darah rakyat Palestin yang mengalir di atas kekejaman rejim zionis.


IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER

Monday 13 February 2012

NASIHAT JE KE LEBAI??

 Dewan Pemuda Pas menasihatkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh supaya belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.


tu dia pemimpin yang hangpa kata boleh dipujuk masuk islam dulu,terang-terang dia dok kutuk islam,pertikai undang-undang islam,siap dia boleh kata kalau nak tubuhkan negara islam,langkah mayat dia dulu,macam tu punya sebal dan bebal dia punya perangai macam lembu cacat,aku tak tau macam mana puak-puak pas bolah tahan dengan perangai dia.


tu baru perangai dia,belum masuk perangai anak-anak dia,suku sakat dia,kaum kerabat dia,kena masuk pulak perangai geng-geng dia dalam kandang pr dan geng kat seberang tambak tu,mau pening kepala nik ajis dengan abang adi awang nak backup balik.


tu lah,dulu cakap UMNO kafir sebab bersatu dengan orang kafir,tapi cuba tengok sekarang?manusia-manusia yang dengan berani cakap suatu masa dulu,dah bersatu dengan puak kafir yang lagi teruk daripada orang kafir yang bersatu dengan UMNO dulu.


lain kali,sebelum bawak keluar fatwa rekaan sendiri,pikiaq dulu kesan jangka pendek dengan jangka panjang,tengok sekarang,kan dah terpijak taik sendiri.

Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup






IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER

Sunday 12 February 2012

ustaz kazim dah marah dahhhhhh


Penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias  melahirkan kebimbangan beliau mengenai senario semasa yang menunjukkan pemahaman umat Islam tentang agama telah disalah ertikan oleh pemimpin parti politik.
Bercakap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada ceramah Selamatkan Akidah Umat Islam di Padang Kampung Pengkalan Pegoh di sini malam tadi, Muhammad Kazim berkata, parti politik adalah manusia dan pemimpin parti juga bukan rasul atau nabi yang tidak boleh dipertikaikan.
"Tak masuk parti bukan Islam, keluar parti bukan Islam dan kalau tak sokong parti tidak Islam. Apabila ditegur, kena pecat.
"Pemimpin parti bukan rasul. Ketaatan mutlak hanya untuk Allah dan Rasul," katanya pada ceramah yang turut dihadiri bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.
Penceramah bebas yang popular itu juga menegur pemimpin tertentu yang menghina Nabi Muhammad dalam beberapa perkara termasuk menyamakan baginda dengan kanak-kanak biasa lain semasa belum dilantik menjadi Rasulullah.
Beliau juga kecewa apabila pemimpin tertentu yang menggelarkan diri sebagai ulama mempertikaikan perarakan pada hari Maulidur Rasul kerana ia tidak diamalkan oleh Rasulullah tetapi menggalakkan pengikut mereka pergi ke Perhimpunan Bersih.
Menurut Muhammad Kazim, apa salahnya umat Islam berselawat dan menuju ke masjid dan mereka semuanya menutup aurat semasa perarakan Maulidur Rasul.
Sementara itu, beliau melahirkan kekesalannya apabila difitnah sebagai ahli UMNO dan akan bertanding sebagai calon UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

padan muka hangpa la pakatan rosak oiiiiiii




IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER

jangan cakap je pak aji oiiiii

Setelah sekian lama membisu dalam isu kontroversi mengenai sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel, akhirnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuka mulut.





 hari ini, Presiden Pas itu menegaskan, adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela serta membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.
Sehubungan itu, jelas beliau, Pas menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel.
"Haram menerima kewujudan negara haram (Israel). Maka Pas yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian dua negara iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
"Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak," kata beliau sebagaimana dipetik dari laman blog tersebut.
Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama The Wall Street Journal memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.
Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.
Menurut Abdul Hadi, walaupun banyak negara Arab menerima penyelesaian secara dua negara, tetapi Palestin bukan hak orang Arab sahaja sebaliknya, negara bumi anbiya itu adalah hak umat Islam keseluruhannya.
"Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Palestin dimuliakan kerana ramai para rasul dilahirkan di situ dan terpijak di atasnya kaki-kaki para anbiya.
"Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tempat Isra' dan Mikraj, maka yang layak memakmurkan bumi Palestin ialah mereka yang beriman dan budiman (bukan golongan Zionis).
"Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin kerana banyak darah para syuhada dari kalangan nabi dan ulama dibunuh Yahudi menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga ke hari kiamat," tegasnya.

mampuihh la hang bang nuar,member kamceng hang sendiri cakap camtu,panda-pandai la hang dengan anak bini hang nak hidup lepas ni




IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER

jangan tukaq topik debat?takut ka?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar tidak mengubah tajuk topik debat melibatkan kedua-dua pihak berkenaan, yang akan diadakan hujung minggu depan.

Dalam dok melalak sana sini,takkan penakut kot,takkan takdak teloq kot,dok kutuk orang sana sini,kutuk negeri ni tak selamat la,negeri ni terok la,macam negeri yang dia dok jaga tu selamat sangat kot dalam jagaan dia,aku tengok orang kat negeri dia terutama orang melayu makin susah,tapi kroni dia makin buncit.

Tapi setau aku la,dia ni bukan berani sangat pun,macam pak dia jugak,masa bangku depa dalam parlimen tu sikit,aku tengok depa ni macam tikus mondok je,senyap sunyi je,bila dah ada bangku lebih sikit,pehhh,dah macam hero filem hindustan dah aku tengok,sat-sat bangun bangkang apa yang ada,bila dah takdak ayat nak hentam belah kerajaan,pakat keluaq ramai-ramai macam demontrasi haram BERSHIT 2.0

Apa pun,agak-agak kalau ada sapa-sapa terasa ka,terkena ka,nasib la ye,sapa makan gula terasa manis,sapa makan cili terasa pedasnya.




IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA....MAMAK CYBER

PAS KENA LAGIIIII


pembangkang-pembangkang,apa punya bangang la hangpa ni aku pun tak tau,yang hangpa sibuk-sibuk pi hantar memorandum bantah hari kekasih kat pejabat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatimtu buat apa.

Kawan hangpa sendiri marah kat hangpa pasal sambutan hari kekasih ni.dia kata yang hangpa langgar hak asasi manusia.aku tak tau la buku hak asasi mana yang dia baca,aku... tengok kawan hangpa ni macam tolak islam ja,bukan nak tuduh na,aku cuma cakap apa yang aku nampak,suka hati hangpa la nak terima ke tak.

Jadi aku nak habaq mai kat hangpa la,jangan tuduh UMNO tak bendung gejala anak muda islam kita dok sambut hari kekasih@valentine ni,pasai pa kawan hangpa yang dok peluk cium,ibarat kata pepatah,makan sepinggan tidoq sebantal yang tentang hangpa habis-habisan. MAAF CAKAP NA



IKHLAS DARI PEJUANG ISLAM 1MALAYSIA........MAMAK CYBER